Dikecam buat video nak mengorat anak buah sendiri, pemuda akui diri pendosa

Dikecam buat video nak mengorat anak buah sendiri, pemuda akui diri pendosa

Dengan adanya media sosial, setiap momen kebersamaan akan dapat dikongsikan kepada umum lebih-lebih lagi ketika hari raya.

Sudah tentu ahli keluarga akan berkumpul bersama dan saling bergurau senda sebagai cara mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan antara satu sama lain selepas lama tidak bersua muka.

Namun begitu, guruan sesama ahli keluarga juga perlu ada batas supaya tidak dipandang serong orang lain serta boleh mencetuskan salah faham yang memburukkan nama baik keluarga.

Hal ini samalah seperti yang terjadi kepada seorang pemuda apabila niat mahu bergurau dengan meninggalkan kapsyen ingin mengurat anak buahnya.

Tindakan tersebut telah mendapat kecaman warga Twitter kerana merasakan apa yang dilakukan sangat tidak sesuai lebih-lebih lagi remaja perempuan itu adalah anak buahnya sendiri.

Mereka juga mengatakan yang perbuatan lelaki itu adalah salah satu punca mengapa sumbang mahram sering terjadi kerana ‘pandangan nafsu’ dari ahli keluarga sendiri yang memulakan segalanya.

 

Sedar dirinya teruk dikecam atas keterlanjuran perbuatannya, lelaki tersebut telah memuat naik video memaklumkan yang dirinya cumalah seorang pendosa yang tak lari dari melakukan kesilapan.

Dia juga mengatakan perkara berkenaan adalah satu fitnah dan dia hanya mampu berserah kepada Allah S.W.T kerana sedar akan ujian akhir zaman.

Kedua-dua perkongsian tersebut sudah pun dipadam oleh pemuda itu di ruangan TikTok selepas teruk dikecam oleh orang ramai.

Perbuatan berkenaan dianggap tidak patut kerana ia boleh dikira sebagai gangguan seksual lebih-lebih lagi kepada ahli keluarga sendiri.

Sumber: Twitter @pedoqpop

Scroll to Top