Dramatis popular, Ellie Suriaty kesal dengan tindakan segelintir netizen apabila terdapat segelintir pentaksub pempengaruh popular, Imran Bard yang sanggup mengeluarkan kata-kata kesat terhadap dirinya.
Malah, individu berkenaan sanggup menggelarnya sebagai bohsia serta individu yang kurang kasih sayang beserta beberapa lagi kata-kata makian.
Ia susulan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ellie menerusi temu bual bersama program Melodi baru-baru ini.
Katanya, dia sedia menerima permohonan maaf daripada Imran meskipun tempoh kemaafan itu ada hadnya.
“Selagi saya bernyawa datanglah minta maaf. Tetapi ada tempoh hadnya. Akan ada satu masa pintu kemaafan ditutuplah.
“Sebab bagi saya duit dia memang tak ada nilai. Saya tak nak duit dia. Money is not everything but, money is so everything bila kita ikhlas dalam pekerjaan kita dan dalam persahabatan dan perhubungan dan persaudaraan,” ulasnya.
Tidak berdiam diri dengan komen balas yang diberikan, pelakon Telaga Suriram itu bagaimanapun sempat meninggalkan komen dan berharap agar pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan berkenaan komen ‘jelik’ yang ditinggalkan individu terbabit.