Didie Alias, Stacy, Marsha Milan dan Velvet Aduk terima Anugerah Darjah Kinabalu

Didie Alias, Stacy, Marsha Milan dan Velvet Aduk terima Anugerah Darjah Kinabalu

Pelakon dan pengacara, Didie Alias luah rasa syukur apabila dikurniakan Anugerah Darjah Kinabalu bersempena Tahun Kelahiran Rasmi ke-71 Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertu Negeri.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali di laman Instagramnya, antara selebriti lain yang turut menerima pengiktirafan tersebut adalah Stacy, Marsha Milan dan Velvet Aduk.

Instagram will load in the frontend.

Artikel lain: Tahniah! Ebby Yus terima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Persilatan

Dalam perkongsian tersebut, dapat dilihat Didie bersama rakan artis lain menggayakan baju kurung ketika menghadiri majlis penganugerahan itu.

“Syukur Alhamdulilah.
“Kurniaan atas kerja keras mumy selama nie bersama @stylofest.my akhirnya diberi penghargaan pingat Sempena Tahun Kelahiran Rasmi Yang Ke 71.
“Tahniah Marsha Milan, Stacy dan Velvet Aduk…Dikurniakan Anugerah Darjah Kinabalu,” katanya.

Anugerah Darjah Kinabalu

Anugerah Darjah Kinabalu

Anugerah Darjah Kinabalu

Tahniah Didie dan rakan artis lain!

Dalam pada itu, rata-rata netizen menzahirkan ucapan tahniah buat kesemua selebriti yang menerima kurniaan tersebut hasil usaha kerja keras mereka selama ini.

Layak terima anugerah!

Terdahulu, pelawak dan pelakon Ebby Yus terima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Persilatan daripada Akademi Persilatan Sedunia (APS) yang disampaikan oleh Presiden Akademi Persilatan Sedunia Sdn Bhd, Profesor Dr Zainal Abidin Sakom.

Sumber: Instagram @Didie Alias

Scroll to Top