Didi Dedah Rahsia Bella Astillah, Nampak Kakak Lebih Bahagia & Berselera Makan

Didi Dedah Rahsia Bella Astillah, Nampak Kakak Lebih Bahagia & Berselera Makan

Pelakon dan penyanyi Didi Astillah mendedahkan kakaknya, Bella Astillah dilihat lebih bahagia malah berselera makan sepanjang Ramadan kali ini.

Memetik mStar Online, Didi berkata Bella sangat bersemangat dan bertenaga setiap hari meskipun sibuk dengan urusan kerja.

BACA: Kisah Sweet Bella Astillah, Syed Saddiq Sampai Ke Korea

“Alhamdulillah. Ramadan tahun ini Bella sangat berbeza. Sekarang ini Bella sudah ada selera makan, dia makan banyak semasa berbuka.

“Walaupun dia sedang sibuk, tetapi tetap sentiasa bersemangat dan bertenaga. Semasa mendaki gunung dan pergi ke laut pun, dia sangat lain. Sangat gembira dan bertenaga,” katanya.

Dalam pada itu, Didi turut mendedahkan dialog atau pun reaksi antara Bella dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq ketika sesi penggambaran jenama baju raya itu adalah tanpa skrip.

“Sebenarnya apa yang anda semua lihat, itu bukanlah ‘marketing’ sangat. Video yang dirakam itu semua adalah tanpa skrip. Itu yang buatkan mereka nampak lebih natural,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai reaksi keluarga berkenaan gosip cinta kakaknya dengan Syed Saddiq, Bella berkata ramai yang mendoakan.

“Ramai yang mendoakan, kalau ramai yang dah mendoakan, InsyaAllah. Ada jodoh, tak ada jodoh, semoga ikatan persahabatan kekal terjalin, perkahwinan ke. Mana-manalah antara dua kan,” katanya.

SUMBER: mStar Online


Scroll to Top