Penyanyi dangdut, Ifa Raziah menerima kritikan dan tohmahan daripada segelintir pihak selepas didakwa mengkritik kaum Iban.
Dakwaan tersebut muncul selepas ada individu berkongsi satu tangkap layar memaparkan komen selebriti itu di salah satu hantaran dipercayai milik rakannya.
“Terkejut aku nok. Ingatkan prempuan Iban mana yang tersesat,” tulis pelantun lagu Ser Ser Ser itu.
Kesal dengan tindakan itu, individu tersebut tampil menegur Ifa secara terbuka untuk tidak memperlekehkan kaum Iban atas dakwaan sengaja mahu meraih populariti.
“Kepada artis sangk*k macam kau… kalau nak popular bukan dengan cara macam ni tau. Walaupun komen kau dah kena delete tapi dah terlambat. Orang Iban tak ada kacau kau pun.
“Tinggi sungguh adab engkau ek? Patut la sendu. Perangai serupa…..,” tulis individu berkenaan.
Menjengah ke ruangan balas, ada segelintir netizen lain turut berang dengan tindakan Ifa itu, malah ada juga yang mahu memboikot selebriti berusia 49 tahun itu.
Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang respons daripada pihak Ifa atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha berhubung isu tersebut.