Didakwa Jadi Punca Insiden Babitkan 2 Buah Kereta Mewah, Ini Respons Syamsul Yusof – “Bukan Salah Saya”

Didakwa Jadi Punca Insiden Babitkan 2 Buah Kereta Mewah, Ini Respons Syamsul Yusof – “Bukan Salah Saya”

Pelakon dan pengarah popular, Syamsul Yusof mendakwa insiden membabitkan dua buah kereta baru-baru ini bukanlah salahnya.

Katanya, punca kemalangan berlaku adalah disebabkan pemandu kereta mewah jenis Audi itu tidak fokus ketika pemanduan sehingga menyebabkan perlanggaran membabitkan sebuah lagi kenderaan jenis serba guna (MPV) yang pada ketika itu berada di hadapannya.

“This is the real video. Audi tak fokus dan ia bukan salah saya,” katanya.

Perkara itu dikongsi pengarah filem box office, Munafik itu menerusi hantaran terkini di Instagram nya.

Dalam hantaran sama juga, Syamsul turut berkongsi sepotong video pendek berupa bukti rakaman yang diperolehi oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian.

 

Menjengah ke ruangan balas, pelakon Fattah Amin juga dilihat turut meninggalkan komen dan memaklumkan kenderaan milik Syamsul itu terlalu ‘menyerlah’.

Scroll to Top