“Dialog tetap macam TV Pendidikan” -Netizen kritik skrip ulang2 Gerak Khas

“Dialog tetap macam TV Pendidikan” -Netizen kritik skrip ulang2 Gerak Khas

Drama berseri kepolisian, Gerak Khas merupakan antara drama Melayu yang sangat panjang dan bertahan puluhan tahun di kaca televisyen.

Walaupun sebelum ini pernah mengumumkan siri tersebut sudah berakhir, kini Gerak Khas kembali dengan menggunakan tajuk Gerak Khas Undercover yang akan bersiaran setiap Jumaat bermula 1 Oktober 2021 di TV3.

Sebelum ini, penerbit Skop Production, Datuk Yusof Haslam memaklumkan yang Gerak Khas masih lagi relevan pada masa kini susulan drama bercorak kepolisian tersebut tetap mempunyai peminat tersendiri.

Namun begitu, komen yang di terima berbeza daripada jangkaan asal kerana ada sesetengah netizen beranggapan bahawa dialog dan jalan cerita masih sama walaupun sudah 23 tahun ia ditayangkan.

Netizen juga sempat melontarkan dialog-dialog biasa yang sering kedengaran tiap kali drama tersebut ditayangkan. Jadi, mereka merasakan yang tiada peningkatan dalam olahan skrip kerana sama sahaja sejak 23 tahun yang lalu.

 

 

Walau bagaimanapun, untuk Gerak Khas Undercover, beberapa wajah baru akan ditampilkan dan pasti memberi impak berbeza dengan yang biasa.

Diharap Gerak Khas Undercover yang bakal ditayangkan pada 1 Oktober nanti memberi nafas baru untuk drama kepolisian yang sudah 23 tahun bertapak di Malaysia.

Sumber: Twitter nefauzii, isskandarAriffin

 

 

 

Scroll to Top