Pempengaruh media sosial, Ameera Khan tampil mempertahankan Jefri Nichol serta meminta orang ramai berhenti melemparkan kata-kata negatif terhadap pelakon Indonesia itu.
Menerusi video di TikTok, Ameera berkata dia sudah lama mengenali pelakon itu serta menyifatkan Jefti seorang lelaki yang baik dan penyayang.
Sementara itu, Ameera turut menasihati netizen agar tidak terlalu cepat menilai seseorang hanya kerana apa yang dilihat di media sosial.
“Jangan cepat menilai. Semua orang ada perjalanan hidup masing-masing. Mungkin pengakhiran hidup mereka akan lebih baik daripada kita.
“Kalau orang menilai saya seperti itu, saya sangat sedih. Tolong jangan jadi terlalu kejam sebab bila kita tengok orang tu dekat media sosial, kita menilai tetapi sebaliknya dia berbeza dengan apa yang orang nampak di media sosial,” katanya.
Terdahulu, Jefri Nichol dikecam selepas membuat pendedahan pernah meniduri lebih 20 orang wanita selain berlaku curang terhadap pasangannya.
Sebelum ini, timbul gosip mendakwa mengenai hubungan mereka, namun didakwa berakhir selepas Ameera dilihat tidak lagi mengikuti akaun Instagram Jefri.