Kisah perkahwinan penyanyi rap dan juga influencer terkenal, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli dengan pasangannya, Farrah Inalis benar-benar menjadi tumpuan warganet.
Tiada angin tiada ribut, selebriti tersebut selamat mendirikan rumah tangga pada Isnin 15 November 2021 dan khabar berkenaan hanya diketahui melalui media sosial mereka.
Bagi mengorek kisah percintaan mereka, pihak program Meletop telah mengundang merpati dua sejoli ini untuk sama-sama berkongsi momen bahagia mereka.
Dalam temu bual bersama Nabil Ahmad dan Jihan Muse, Farrah Inalis atau Elis telah menyatakan yang suaminya seorang yang sangat penyayang dan ia menjadi sebab utama mengapa dia yakin memilih influencer kontroversi itu sebagai imamnya.
“strong reason adalah sebab Caprice ini seorang yang sangat-sangat penyayang dekat budak jadi dia berjaya memenangi hati saya dekat situ,”
“Caprice dengan anak saya sangat rapat, dia selalu bawa anak saya beli mainan, bila kita makan bersama, dia layan anak saya tak nampak fake, jadi maknanya dialah orangnya, jelas Elis.
Elis juga turut sempat menjawab pertanyaan daripada Nabil dan Jihan berhubung bagaimana dia menghadapi segala kontroversi yang pernah berlaku kepada Caprice sejak beberapa bulan kebelakangan ini dengan mengatakan yang keluarganya turut memainkan peranan dalam memberikan semangat serta menenangkan selebriti tersebut.
Dia akui yang suaminya mempunyai baran serta ego tersendiri dan disebabkan itu dia sedaya upaya membantu memberikan sokongan serta banyak bersabar menghadapi cabaran sepanjang perhubungan hampir setahun lebih.
Untuk makluman, sebelum ini, gambar Caprice menyarung cincin di satu majlis seperti pernikahan telah tular dan akhirnya selebriti berkenaan tampil menjelaskan perkara tersebut.
Dia mengesahkan sudah selamat bernikah dengar seorang ibu tunggal berusia 26 tahun dan berasal dari Kelantan pada 15 November 2021.
Sumber: YouTube Meletop