Seorang wanita mendakwa dirinya bekas kekasih kepada pelakon Ammar Alfian iaitu Qhaisha mendakwa dia berhenti memuat naik gambar di media sosial miliknya sehingga memberi kesan terhadap kerjaya.
Menerusi perkongsian di Instagram, Qaisha mendakwa Ammar malu untuk perkenalkannya dengan keluarga kerana gambarnya di media sosial.
BACA: Ammar Alfian Nafi Pukul Bekas Kekasih
Malah, Qhaisha mendakwa Ammar turut mengatakan dirinya bukan wanita tradisional dan setiap kali dia memuat naik hantaran aktor itu didakwa berkata tidak elok tentang dirinya.
“Bagi dia, setiap kali saya post, katanya saya “meny*dal”, nak perhatian lelaki, “attention seeking” dan macam-macam lagi.
“Dia cakap malu nak bawa saya jumpa keluarga dia sebab gambar-gambar dan media sosial saya. Dia kata saya bukan wanita tradisional,” katanya.
Tambahnya lagi, dia mendakwa terpaksa berhenti memuat naik gambar di media sosial dan tindakannya itu sekaligus menjejaskan kariernya.
“Saya berhenti post gambar, dan itu sangat menjejaskan kerjaya saya dalam media sosial. Dia kata, “apa lah sangat income media sosial kau tu.” Cukup lah, Ammar Alfian,” katanya.
Terdahulu, seorang wanita mendakwa dirinya telah menjadi mangsa pukul Ammar sewaktu menjalinkan hubungan cinta.
Bagaimanapun, Ammar menafikan fitnah berkenaan serta menyifatkan sebagai satu fitnah serta menggunakan imejnya untuk perangkap dirinya.