Isu melibatkan pempengaruh Malaysia di Korea iaitu Kim Seri nampaknya turut mendapat perhatian penyanyi rap terkenal, Caprice.
BACA: Kim Seri Pasrah Jika Berdepan Jeriji Besi, Dedah Kena ‘Kick’ Dari Restoran Secara Tiba-Tiba
Mana tidaknya, ada mangsa Kim Seri menghantar mesej kepada Caprice untuk memohon bantuan mendapatkan semula wang yang telah ditipu Kim Seri.
Caprice berpendapat Kim Seri guna taktik gali lubang tutup lubang
Memberi respon kepada isu itu, Caprice berkata dia telah menghubungi Kim Seri namun pempengaruh itu nampaknya tidak mahu menjelaskan ke mana duit digunakan.
Caprice berpendapat, wanita berkenaan menggunakan taktik gali lubang baru untuk menutup lubang yang lama disebabkan kekurangan ‘cash flow’ dalam perniagaan.
Bagi cap, dia ibarat gali lubang baru untuk cover lubang lama. Guna duit customer baru, untuk bayar balik customer lama. Cashflow business dah tak ada so dia cuba rolling dengan payment customers.
Penyanyi ini melihat salah satu cara untuk menyelesaikan masalah adalah dengan membuat pinjaman untuk memulakan semula perniagaan.
Cadang Kim Seri buat pinjaman Mara
Cap harap kes ni dapat settle cara mudah. But from what i see realistically, she will need a loan to restart her business and THEN to pay back all her customers. Cuba Kim tanya MARA atau apply loan MARA mana tahu boleh bantu dapat loan.
Caprice mencadangkan agar Kim Seri memohon pinjaman daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Terdahulu, Kim Seri tampil dengan satu permohonan maaf dan berjanji akan menyelesaikan ‘refund’ sebelum Februari 2025.
Kim juga mendedahkan dia telah ditendang keluar daripada restoran makanan Malaysia di Korea yang diusahakan sejak setahun lalu.
#OhmediaNasihat
Walau apa pun yang berlaku, hutang wajib dibayar. Diharapkan Kim Seri dapat mencari jalan penyelesaian membayar semula duit pelanggan yang teraniaya. Doakan je yang baik-baik.