“Dia Adalah Definisi Lelaki Sebenar” – Wanna Ali Sah Bakal Nikah

“Dia Adalah Definisi Lelaki Sebenar” – Wanna Ali Sah Bakal Nikah

Pelakon Wanna Ali mendedahkan dia bakal bergelar isteri dalam masa terdekat namun enggan berkongsikan lebih lanjut mengenai hari bahagianya.

Memetik Kosmo, Wanna mengakui dirinya sedang bahagia namun memilih untuk merahsiakan identiti bakal suaminya.

BACA: Wanna Ali Tak Tahu Apa-Apa, Kongsi Gambar Dengan Fattah Hanya Promosi Drama

“Ya, Alhamdulillah sekarang ini saya sedang bahagia. Soal bakal berkahwin dalam masa terdekat, saya hanya mampu merancang dan Tuhan yang menentukan.

“Sememangnya saya mahu kahwin sebab saya ini jenis yang ‘dating’ (bercinta) untuk berkahwin,” katanya.

Sementara itu, Wanna berkata bakal suaminya itu juga memiliki ciri-ciri lelaki yang diminati serta calon paling tepat untuk menjadi pasangan hidupnya.

“Dia seorang yang sangat baik, bercita-cita tinggi dan dia adalah definisi lelaki sebenar. Dia juga adalah lelaki tradisional yang saya cari selama ini dan maskulin. Sangat sempurna di mata saya,” katanya.

SUMBER: Kosmo


Scroll to Top