Seorang wanita yang merupakan isteri kedua kepada pelakon drama popular era 1990-an menuntut suaminya memberi kerjasama dalam konflik rumahtangga yang sudah lama berlarutan.
Memetik laporan Harian Metro, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Puan A mahu menuntut kembali wangnya berjumlah lebih RM50,000 daripada suaminya
Suami pelakon drama popular era 1990-an, kahwin senyap-senyap masa PKP

Menurut Puan A, dia tidak berniat untuk kembali kepada suaminya, sebaliknya hanya mahu mendapatkan semula wang yang telah dipinjamkan.
Dia juga mendakwa mempunyai bukti video suaminya berjanji untuk membayar semula wang tersebut.
Jumlah lain yang sudah dibelanjakan, saya tak kisah. Termasuk wang belanja anak-anaknya dengan isteri pertama. Dia ada tiga anak, manakala saya empat orang.
Jelasnya, perkenalan dengan pelakon yang meniti populariti menerusi slot Spektra bermula pada 2018 atas urusan kerja di syarikat yang sama.
Walaupun mengetahui status suaminya sebagai suami orang, pujukan pelakon itu membuatkan Puan A akur untuk berkahwin secara rahsia tanpa pengetahuan isteri pertamanya.
Kami kahwin ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2021 secara ‘online’. Segala urusan kahwin dia yang uruskan sebab dia di Kuala Lumpur dan saya di tempat lain.
Namun, sepanjang perkahwinan mereka, tiada sebarang dokumen atau surat menyurat yang sah. Suaminya hanya berjanji akan menguruskan semuanya, tetapi sehingga kini, tiada tindakan diambil.
Suami pinjam Ah Long, pernah naik tangan

Malah, Puan A mendakwa status perkahwinannya kini umpama “digantung tidak bertali”. Suaminya juga didakwa banyak kali buat hal sepanjang berkahwin.
Dia pun ada pinjam wang ‘Ah Long’ dan tak dapat bayar semula hingga saya yang kena gadai barang kemas untuk bantu.
Selain itu, Puan A mengakui telah membuat laporan polis berkaitan kekasaran yang dilakukan oleh suaminya sebelum ini.
Sepanjang perkahwinan mereka, dia turut menemui banyak bukti kenakalan suaminya dalam telefon bimbitnya.
Akibat tekanan yang dialami, Puan A terpaksa mengambil ubat penenang. Usahanya untuk menyelesaikan masalah rumah tangga mereka sering tidak diendahkan oleh suaminya.
Dah puas saya minta hak saya dan selesaikan masalah rumah tangga kami, tapi dia macam tak serius dan acuh tak acuh. Dia memang sengaja buli saya.
Puan A juga mendakwa suaminya pernah memukulnya dan dia masih menyimpan video kejadian tersebut.
Kini, dia merasakan sudah tiba masanya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap suaminya.
