“Bukan sekali kau suarakan kebimbangan pada cintaku.. Kau tak mampu bersendirian tanpaku.. Itu semua lembut lidah manis madah.. Penuh helah yang pastinya.. Aku adalah sandaran..”
Dengar sahaja bait-bait lirik dari lagu Madah Berhelah ini, pastinya anda sudah tahu siapakah vokal yang melantunkan lagu legend ini, sudah pastinya penyayi tersohor Ziana Zain yang berjaya membuatkan lagu ini berada di puncak sehingga menjadi malar hijau hingga ke hari ini.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian selain lagu dendanganya itu, kakak kandung kepada penyanyi Anuar Zain ini juga semakin menjadi bualan sejak kebelakangan ini kerana meskipun sudah mencecah usia 55, pada tahun ini beliau masih terlihat awet muda dan seakan tidak dimamah usia. Hingga ada antara peminat yang melabel Ziana sebagai ‘JLO Malaysia’.
Hijabista sempat menemubual Ziana Zain baru-baru ini, ketika berkesempatan menemui beliau dalam sebuah majlis di Ibu Kota. Di sana Ziana mendedahkan ‘Rahsia’ yang diamalkanya agar kekal Awet Muda serta rutin penjagaan kulit yang sering dilakukan.
Hanya Gunakan Satu Bahan Alami Ini Sebagai Pencuci Muka Utama!
Menurut Ziana, sejak anak dara lagi dia sememangnya mengamalkan untuk mencuci muka mengguna minyak kelapa dara (Virgin Coconut Oil) yang asli. Meski pun baunya kurang menyenangkan. Namun, kandungan yang terkandung dalam VCO sememangnya baik untuk membersihkan kulit wajah hingga ke dasarnya!
“Kak Ziana amalkan cuci muka dengan Virgin Coconut Oil, yang ada bau punya tau, bukan yang tak ada bau. Yang betul-betul original. Memang bagus untuk kulit.
“Mula-mula remove make-up dengan Virgin Coconur Oil. Buang-buang sampai tiada lagi kesan solekan. Kemudian baru akak pakai Cleansing Milk atau cleansing foam. Lepastu baru akak pakai toner dan kemudian pakai serum atau moisturizer,” katanya ketika ditemui Hijabista.
Artikel berkaitan: Masker Beras Dan Minyak Kelapa, Abah Yang Buat. Rahsia Ziana Zain Kekal Menawan Di Usia 54 Tahun
Jelasnya lagi, untuk mendapatkan kulit yang remaja dan awet muda, pemilihan penjagaan kulit (skin care) perlulah tepat dan bersesuaian dengan kulit wajah seseorang individu itu. Barulah skincare dapat merawat kulit dengan lebih berkesan dan ampuh.
Menurut Ziana lagi, meskipun dirinya terdiri dalam kalangan artis, tidak semestinya perlu memiliki atau menggunakan skincare yang mahal atau high-end. Kerana produk yang mahal tidak semestinya sesuai dengan kulit.
“Tip pemilihan skincare mudah je, pilih yang betul-betul sesuai untuk kulit anda!
“Tak smeestinya kena pakai skincare yang mahal, tapi tak berkesan atau sesuai dengan muka. Cari yang sesuai, kadang-kadang skincare yang murah tu lebih sesuai,” ujarnya.
Jadi tidak hairanlah primadona Malaysia yang seorang ni sentiasa tampil lebih mida berbanding usianya hingga digelar sebagai Jenifer Lopez (JLO) Malaysia kan? Berikut merupakan antara komen yang ditinggalkan warganet pada hantaran Instagram milik Ziana Zain yang berjaya menarik perhatian Hijabista!
Memandangkan rahsia awet muda Ziana Zain sudah terbongkar. Apa lagi, Hijabi boleh lah mengamalkan apa yang disarankan tu. Boleh jadi awet muda seperti idola kita kak Ziana Zain. Selamat mencuba!
Artikel berkaitan: Perut Rasa Tidak Selesa, Sukar Untuk Bernafas & Tidur Malam, Ziana Zain Disahkan Alami Penyakit Gastrik
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.