Dengar nasihat Menteri Perpaduan, Saravanan tak jadi debat dengan Zamri pasal agama

Dengar nasihat Menteri Perpaduan, Saravanan tak jadi debat dengan Zamri pasal agama

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan tak jadi debat dengan penceramah bebas, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu.

Menurut laporan Malaysia Kini, keputusan itu dibuat selepas mengambil maklum dan nasihat daripada Menteri Perpaduan Aaron Ago Dagang, Presiden MIC Vigneswaran Sanasee, pihak polis dan pemimpin lain kerajaan yang tidak didedahkan.

Saravanan tak jadi debat

Saravanan tak jadi debat

“…(justeru) saya telah memutuskan debat ini tak diteruskan demi keharmonian dan perpaduan negara,” katanya.

Terdahulu, Aaron Ago Dagang menyuarakan harapan agar debat agama, khususnya antara Saravanan dan Zamri, tidak diteruskan bagi mengelakkan ketegangan serta memastikan hubungan antara agama kekal harmoni.

Sebelum ini, Saravanan menetapkan 23 Mac sebagai tarikh debat dengan Zamri susulan kenyataan yang membandingkan pembawa kavadi ketika sambutan Thaipusam dengan individu yang dirasuk atau mabuk.

Saravanan tak jadi debat

Hindu NGO urges AGC to reconsider decision not to press charges against  Zamri Vinoth

Artikel lain: Mengaku hina Islam, bawa dia ke masjid untuk minta maaf juga- Akmal Saleh

Komen tersebut dibuat susulan insiden melibatkan penyampai radio Era FM yang didakwa menghina agama Hindu dengan menari dan bergurau sambil melaungkan “vel, vel”.

Walaupun mereka telah memohon maaf, pihak pengurusan telah menggantung tugas mereka sementara siasatan oleh polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) masih berjalan.

Ekoran kejadian itu, Zamri memuat naik status dengan berkata, “Sebut vel, vel tidaklah sampai hilang nyawa orang, tetapi apa yang berlaku di Kuil Seafield itu pernah menjadi penyebab nyawa Adib hilang”.

Kenyataan itu merujuk kepada anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, yang meninggal dunia selepas insiden rusuhan di luar sebuah kuil Hindu di Subang Jaya, Selangor, pada tahun 2018.

Sumber: Malaysia Kini (Shakira Buang)

Scroll to Top