Tak semua orang sanggup membahayakan diri demi sesuap nasi lebih-lebih lagi kerja yang dilakukan adalah untuk kemudahan orang ramai.
Hal ini berbeza dengan tindakan dua orang lelaki yang digelar ‘unsung hero’ oleh warganet susulan tindakan berani mereka yang mencuci longkang tersumbat di tepi lebuh raya.
Video lelaki berkenaan telah dimuat naik laman Facebook Nibong Tebal Kini dan mendapat komen positif daripada orang ramai.
Berdasarkan video berkenaan, hampir keseluruhan badan salah seorang lelaki yang bertugas mencuci longkang tersumbat itu berada di dalam longkang dan terlihat beberapa kenderaan yang turut lalu di lebuh raya terbabit.
Difahamkan, lelaki itu bertindak melakukan kerja-kerja pembersihan dengan mengeluarkan benda yang menyekat pengaliran air di longkang berkenaan.
Tindakan berani mereka telah menghadirkan pelbagai komen daripada warganet. Rata-rata mereka telah mengucapkan terima kasih diatas jasa dan pengorbanan pekerja pembersihan tersebut dan mendoakan agar mereka terus dimurahkan rezeki serta dilindungi daripada sebarang masalah ketika sedang menjalankan tugas.
Sumber: Facebook Nibong Tebal Kini