Pelakon Uqasha Senrose meminta pihak yang menuduh perkahwinannya kini bergolak serta didakwa ke mahkamah syariah untuk tampil mengemukakan bukti.
Memetik Kosmo, Uqasha berkata dia tidak pernah jejakkan kaki ke mahkamah syariah seperti disebarkan pihak tertentu dan jika benar dia berbuat demikian pasti ada namanya.
BACA: “Mahkamah Syariah Pun, Saya Tak Tahu Kat Mana” – Kamal Adli
“Kalau saya ke mahkamah syariah, mestilah ada nama saya di sana. Jika benar cerita saya sudah sampai mahkamah, berilah bukti. Mahkamah mana? Memang saya tak pergi, demi Allah.
“Saya pun tengah sibuk dengan anak. Bila masa pula timbul dakwaan saya patah balik, mana ada yang buat macam itu. (Kalau) sudah ke mahkamah, pergi teruslah.
“Sudah tentu saya nafikan dakwaan tersebut sepenuhnya. Insya-Allah selagi boleh kami berdua mahu jaga sebaik-baiknya rumah tangga ini,” katanya.
Sementara itu, Uqasha berkata tiada apa perlu dibimbangkan berkenaan gosip tersebut kerana apa yang penting hubungannya dengan suami, Kamal Adli dalam keadaan baik.
“Saya pun tak terfikir nak ambil tindakan undang-undang terhadap individu yang bercakap. Mulut orang mana kita tak boleh nak tutup.
“Paling penting hubungan saya dan suami juga dalam keadaan baik. Saya pun tahu kisah kononnya saya ke mahkamah daripada Kamal yang ditanya media semalam,” katanya.
Sebelum ini, Kamal berkata dia tidak tahu dimana mahkamah syariah apabila ditanya mengenai dakwaan ada pihak melihat kehadirannya dan isteri ke satu mahkamah syariah.
SUMBER: Kosmo