Demam Nil merebak di Tebing Barat

Demam Nil merebak di Tebing Barat

RAMALLAH – Kes pertama demam West Nile di Tebing Barat direkodkan di wilayah Jenin, kata Kementerian Kesihatan Palestin.

Doktor mengenal pasti simptom yang konsisten dengan penyakit itu, dan ujian seterusnya mengesahkan jangkitan tersebut.

Penyakit itu berjangkit melalui nyamuk dan simptomnya hampir sama dengan selesema, termasuk demam panas dan gejalanya muncul tiga hari selepas gigitan nyamuk, dengan warga tua merupakan kumpulan umur yang paling terdedah.

Operasi ketenteraan oleh Israel, yang menyasarkan infrastruktur, terutamanya rangkaian air dan kumbahan di bandar dan kawasan Palestin, telah meningkatkan dengan ketara penyebaran nyamuk, khususnya di bandar dan kem Jenin, menurut kenyataan itu.

Kementerian Kesihatan menyeru rakyat Palestin melindungi diri daripada jangkitan dengan memakai pakaian lengan panjang dan seluar ketika berada di luar semasa aktiviti nyamuk pada waktu malam, menggunakan kelambu semasa tidur, dan menyapu krim penghalau nyamuk pada kulit.

Virus West Nile boleh menyebabkan penyakit saraf dan kematian pada manusia, dengan kebanyakan jangkitan berpunca daripada gigitan nyamuk yang dijangkiti, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Kira-kira 80 peratus individu yang dijangkiti adalah tanpa gejala, manakala yang lain mungkin mengalami demam West Nile atau penyakit West Nile yang teruk. – Agensi