“Delulu is the Solulu”, beginilah ibaratnya kisah Diyana dan Michelle, sepasang sahabat karib mengharungi ujian getir rumah tangga mereka bikin dekah, tapi sangat positif walaupun pada saat paling mencabar!
Persahabatan tak selalu kekal, kita makin lama makin ‘hilang kawan’ apabila melangkah ke dunia pekerjaan. Namun bertuah bagi Diyana (Mimi Lana) dan sahabat karibnya Michelle (Melissa Campbell) kerana persahabatan mereka masih bertaut erat meskipun selepas kedua-duanya berumah tangga.
Tema wanita dan persahabatan inilah yang ingin diangkat dalam drama premium terbaharu, First Wives.
Kalau biasanya hubungan ‘besties’ sebatas sesi shopping atau minum kopi bersama, drama ini menyelami nilai sahabat yang lebih kompleks iaitu ketika berdepan pengkhianatan dalam perkahwinan.

Iya sis, walaupun jalan cerita First Wives mengisahkan isu kecurangan, namun ia sebenarnya meraikan solidariti sesama wanita.
Relevan sangat dengan situasi masyarakat Malaysia sekarang, terutamanya wanita yang sering dibebani masalah kepercayaan dan hutang ah long.
Apa kata hijabi kalau dapat pasangan kaya tapi tak jujur? Jom tengok video ni…
Drama First Wives menyentuh emosi wanita dengan humor yang relatable dan menghiburkan. Pertama kali Mimi Lana bawa watak Diyana dengan karakter komedi, tapi nampak ‘hidup’ dan menjadi lakonannya ketika mendepani suami yang telah berkahwin lain tanpa pengetahuannya.
Manakala Melissa Campbell memegang watak Michelle, seorang isteri yang terpaksa menanggung hutang ah long akibat suaminya terlibat dalam aktiviti judi.

“Kita sering disajikan dengan drama wanita menindas wanita lain kebelakangan ini. Namun, saya suka drama ini kerana mengetengahkan wanita yang memerlukan sokongan sesama wanita.
Wanita ini jika mereka bergabung, kita akan jadi lebih kuat. Bila saya membawakan watak ini, saya harap para wanita yang mengalami nasib sama, mereka akan rasa dilihat dan didengari.
Walaupun ini drama komedi, tapi saya rasa agak sedih. Wanita ini hatinya lembut dan sanggup berikan segalanya kepada pasangan. Bila suami pula buat hal, saya jadi sedih,” kata Mimi Lana.
First Wives menggabungkan barisan pelakon senior dan baru bagi mewarnai setiap karakter, seperti pelakon Malek Mccrone, Charles Roberts, Andy Teh, Carmen Soo, Theebaan G, Zeera Azizi dan Sathisvaran.
First Wives mengisahkan tentang dua sahabat baik sejak kecil, Diyana dan Michelle, bergelut dengan perkahwinan masing-masing. Diyana mendapati suaminya, Azzim telah berkahwin secara rahsia dengan isteri kedua, manakala Michelle diancam oleh ah long selepas suaminya, Roshan menghabiskan semua simpanan mereka untuk berjudi.
Delulu is the Solulu
Demi menyelamatkan nyawa sahabatnya dan membalas dendam, Diyana mencadangkan untuk mencuri wang dari perniagaan pasar raya milik Azzim, Azzimart, bagi melunaskan hutang Michelle.
Namun, rancangan mereka gagal apabila mereka tertangkap. Rompakan yang gagal itu membongkar aktiviti pengubahan wang haram Azzim dan mencetuskan siasatan polis yang akhirnya mengancam nyawa mereka semua.


Eksklusif buat semua penggemar siri premium Astro Originals, First Wives ditayangkan bermula 11 April ini secara On Demand dan penstriman melalui platform Astro Go dan sooka.
Artikel berkaitan: https://www.hijabista.com.my/beli-baju-raya-muaz-mydin-tapi-khainina-khalil-bongkar-rahsia-nampak-mewah/
The post “Delulu is the Solulu”, Kisah 2 Sahabat Ini Harungi Ujian Rumah Tangga Bikin Dekah! appeared first on Hijabista.