Debaran kemuncak kejohanan e-sukan MLBB semakin terasa

Debaran kemuncak kejohanan e-sukan MLBB semakin terasa

DEBARAN kemuncak kejohanan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) terbesar di dunia yang berlangsung di Indonesia kini semakin terasa. 

Kejohanan berprestij yang berlangsung sejak 1 Januari 2023 lalu telah menyaksikan 16 pasukan beraksi dan salah satu pasukan bakal dinobatkan sebagai gelaran juara dunia pada 15 Januari nanti. 

Kesemua 16 pasukan akan bersaing untuk memenangi AS$800,000 (RM3.5 juta), dengan hadiah tempat pertama bernilai AS$300,000 (RM1.3 juta) dan gelaran pasukan MLBB terbaik di dunia.

Umum mengetahui Kejohanan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) atau Kejohanan Dunia M4 ini adalah acara tahunan dan telah memasuki tahun keempat penganjurannya. 

Kejohanan Dunia M4 dibahagikan kepada peringkat kumpulan dan peringkat kalah mati, yang akan menampilkan format penyingkiran dua kali.

Kejohanan M4 ini telah berjaya menarik minat ramai peminat e-sukan di tanah air dan seluruh Asia Tenggara sebagaimana terkenalnya sukan tradisional yang lain. 

Pemain profesional seperti Soloz, Fredo dan ahli pasukan Team Saiyan adalah antara individu yang memulakan legasi dengan bermain Mobile Legends.

Sudah pasti e-sukan ini tidak asing lagi bagi peminat kerana Mobile Legends adalah satu-satunya permainan dalam talian yang mesra pengguna dan mempunyai konsep yang mudah untuk difahami oleh pemain. 

Sebagaimana yang diketahui, di dalam senarai 16 pasukan yang bertanding, Malaysia tidak terkecuali mempunyai dua pasukan yang mewakili negara. 

Untuk pengetahuan, dua pasukan yang menyertai pertandingan MLBB adalah pasukan HAQ dan TODAK. 

Pasukan HAQ yang terdiri daripada duo berkuasa dan kembar, Minn dan Mann, serta Waff, Garyy, Syamskyyy, Panda dan Lolla.

Meskipun dilihat sebagai ‘underdog’ ketika pusingan playoff, pasukan ini sentiasa memberikan yang terbaik untuk membuktikan mereka layak untuk menjadi juara. 

Pasukan kedua pula TODAK dikenali sebagai salah satu pasukan e-sukan tertua di Malaysia yang terdiri daripada CikuGais, Moon, Yums, Momo, 4Meyz dan Rival yang mempunyai banyak pengalaman dalam pertempuran e-sukan sebelum ini.

Walaubagaimanapun, usaha untuk merebut gelaran juara dunia terhenti apabila kedua-dua pasukan Malaysia tewas di pusingan Lower Bracket pada 10 Januari lalu. 

Namun ia tidak mematahkan semangat mereka, kerana kedua-dua pasukan telah melakukan yang terbaik untuk mewakili negara di acara berprestij itu. 

Debaran kemuncak kejohanan e-sukan MLBB semakin terasa

Peminat e-sukan tanah air masih boleh menunjukkan sokongan anda kepada pasukan negara lain dengan memeriahkan lagi lokasi HomeBois Pitstop dengan pelbagai aktiviti bakal diadakan seperti cabutan bertuah, interaksi bersama pahlawan Mobile Legend, hadiah koleksi berjenama syarikat, dan kostum hero MLBB yang boleh dicuba oleh peminat secara percuma pada hari kejadian.

Para hadirin disyorkan untuk membuat pra-pendaftaran terlebih dahulu kerana pelbagai hadiah menarik menanti anda!

Anda boleh menonton semua perlawanan secara percuma melalui strim secara langsung dalam talian.

Tonton perlawanan dan sorotan Mobile Legends: Bang Bang Esports’ di laman sosial media rasmi TikTok, YouTube, Facebook atau di Astro eGG.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top