Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing telah bersuara dan menggesa kumpulan samseng supaya meninggalkan bandar itu selepas tular satu insiden kekerasan yang mengejutkan ramai.
Tindakan itu diambil beliau selepas video yang tular tersebut memaparkan serangan kejam dari ahli kumpulan samseng menggunakan gunting sehingga mencetuskan kebimbangan ramai.
Tindakan tegas perlu diambil
Menurut King Sing, kumpulan itu mungkin rasa boleh mengawal undang-undang dan mengancam keselamatan awam sekiranya tindakan tegas tidak diambil.
Ini adalah amaran terakhir! Saya tidak mahu melihat aksi ganas berulang lagi dan saya menasihatkan mereka yang terbabit dengan aktiviti kumpulan samseng supaya beredar sebelum terlambat.
Jika anda terus melanggar undang-undang dan menimbulkan masalah, anda perlu menghadapi akibatnya.
Suspek akhirnya menyerah diri
Menteri Pelancongan itu mengesahkan bahawa individu yang terlibat dalam insiden serangan tersebut sudah menyerah diri kepada polis. Sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada penduduk Bintulu yang bimbang dengan peningkatan kejadian jenayah di kawasan mereka.
Saya menggesa Ketua Polis Daerah Bintulu Superintendan Nixon Joshua Ali dan pasukannya supaya mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang.
Semestinya tiada kelonggaran dalam jenayah serius seperti itu dan kita mesti membanteras keganasan kumpulan kerana kejadian ini terlalu parah untuk diabaikan.
#OhmediaNasihat
Jangan sesekali biarkan kumpulan samseng membuat gangguan. Korang perlu laporkan kepada pihak berkuasa jika melihat sebarang aktiviti yang mencurigakan!