Datuk Rizalman Dilantik Profesor Adjung Jabatan Al-Quran & Al-Hadith UM

Datuk Rizalman Dilantik Profesor Adjung Jabatan Al-Quran & Al-Hadith UM

Tahniah diucapkan buat Datuk Rizalman Ibrahim yang dilantik sebagai Prof Adjung Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM).

Pelantikan itu berkuat kuasa 23 Oktober lalu dan pengumuman itu dibuat menerusi hantaran di akaun Facebook ‘Academy of Islamic Studies’ pada semalam.

Perlantikan itu adalah satu pengiktirafan buat Rizalman, oleh ahli akademik institut pengajian tinggi (IPT) di Malaysia yang memandang tinggi buah pemikiran bekas pereka fesyen berusia 53 tahun.

Rizalman mencetuskan pemikiran kreatifnya di samping usaha mencetuskan sinergi dengan pakar-pakar ilmuwan dalam pelbagai bidang termasuk pengajian al-Quran dan hadis.

Menerusi kenyataan rasmi itu lagi, pengiktirafan berkenaan adalah hasil daripada sokongan dana dan keprihatinan Rizalman dalam membantu pembangunan ummah dari aspek ekonomi dan rohani.


Scroll to Top