Darjah Kebesaran Negeri Sembilan bekas Naib Canselor UKM ditarik balik

Darjah Kebesaran Negeri Sembilan bekas Naib Canselor UKM ditarik balik

am@hmetro.com.my

Seremban: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menitahkan Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang dikurniakan kepada bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Mohd Ekhwan Toriman ditarik balik.

Pendaftar Darjah yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Zafir Ibrahim berkata, Tuanku Muhriz menitahkan supaya Darjah Kebesaran Negeri Sembilan yang dikurniakan pada 14 Januari 2019 itu ditarik balik berkuat kuasa serta-merta.

“Keputusan ini bertujuan menjaga kebesaran dan kehormatan Institusi Diraja di Negeri Sembilan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Ekhwan sebelum ini melepaskan jawatannya sebagai Naib Canselor UKM.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top