Cara hidup masa kini yang lebih menjurus ke arah barat dan moden mungkin punca kita selalu lupa dan alpa akan ajaran yang diajar oleh baginda Rasullullah.
Sebenarnya Rasulullah banyak memberi contoh kepada kita tentang bagaimana baginda menjalani hidup untuk kekal sihat.
Benarlah, menghidupkan sunnah nabi akan memberi banyak kelebihan dan memperbaiki kerosakan. Malah diberi pahala. Ini merupakan cara Rasulullah menjaga kesihatan diri agar tetap sihat.
Amalkan 5 Cara Anjuran Rasulullah Ini!
1. Amalkan Bangun Sebelum Subuh
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
2. Menjaga Kebersihan Dan Kesihatan Secara Berterusan
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi.Setiap Khamis atau Jumaat, baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (HR. Muslim)
Artikel berkaitan: Berhenti Makan Hidangan Yang Sama! Pengamal Diet Sihat, Anda Mungkin Menjejaskan Kesihatan
3. Elakkan Makan Secara Berlebihan
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
4. Jadikan ‘Jalan Kaki’ Sebagai Amalan
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.
5. Elak Sikap Hasad Dengki Dan Iri Hati
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
Artikel berkaitan: Bersedia Untuk Ramadan Dengan Tabiat Pra-Puasa Yang Sihat, Ini Petua Makanan Daripada Pakar Dari Arab
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.