Tiada angin, tiada ribut, pelakon dan pengacara Melodi, Fikry Ibrahim didakwa telah selamat diijab kabulkan di kediamanya yang terletak di Napoh, Jitra Kedah pada petang Rabu.
Fikry atau nama penuhnya, Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 30, dilaporkan sah bergelar suami kepada suri hati pilihannya, Khalizah Alihan dengan hanya sekali lafaz.
Bagaimanapun, berita tular tersebut masih belum dapat disahkan sendiri oleh tuan empunya badan memandangkan dia meminta untuk diberikan sedikit ruang dan waktu.
“Saya tengah sibuk, Nanti saya jawab,”katanya.
Sebelum ini, foto memperlihatkan Fikry bersama suri hati pilihannya itu mula tular selepas dikongsikan sendiri oleh seorang individu wanita dipercayai jurusoleknya.
Bahkan, pihak XTRA juga turut menerima beberapa keping foto yang dihantar peminat menerusi mesej di laman sosial.
Terdahulu, Fikry menerusi temu bual bersama media sebelum ini menegaskan bahawa dia tidak memikirkan soal jodoh kerana mahu memberi perhatian terhadap ibunya yang kini uzur.
Selain, terpaksa berulang alik dari Kuala Lumpur ke Kedah untuk menjaga ibunya.
ARTIKEL BERKAITAN:Tamat Zaman Bujang, Fikry Ibrahim Selamat Berkahwin Hari Ini?
Sumber: mStar, XTRA