Dakwaan berunsur fitnah, Jay Iswazir tuntut permohonan maaf dari bekas isteri

Dakwaan berunsur fitnah, Jay Iswazir tuntut permohonan maaf dari bekas isteri

Pelakon Jay Iswazir tuntut permohonan maaf secara terbuka daripada bekas isterinya, Fatimah Az Zahra atas beberapa dakwaan fitnah terhadap aktor itu yang dibuat menerusi media sosial pada 9 Disember lalu.

Memetik laporan mStar, tuntutan yang dikongsi oleh firma guaman Tetuan Aminahtul Mardiah menyatakan Fatimah Az Zahra atay kebih dikenali sebagai Azzhara perlu membuat permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari dari tarikh notis tuntutan dikeluarkan iaitu pada 19 Disember lalu.

Jay Iswazir tuntut permohonan maaf dari bekas isteri

Jay Iswazir tuntut permohonan maaf

“Sekiaranya gagal atau ingkar mematuhi notis ini dalam tempoh tujuh hari, Jay akan terus memfailkan tuntutan di mahkamah tanpa merujuk pihaknya.
“Yang mana tuntutan tersebut tidak terhad kepada tuntutan di sini sahaja dan Jay juga berniat menuntut ganti rugi lain di mana kos-kos tersebut akan ditanggung oleh pihaknya,” kata kenyataan tersebut.

Dakwa bekas isteri fitnah, Jay Iswazir tuntut permohonan maaf

Terdahulu, Azzahra tampil membuat laporan polis (cover report) sebagai bukti kenyataan dikeluarkan berhubung menjadi mangsa keganasan rumah tangga oleh bekas suaminya dengan mengatakan kejadian itu adalah benar.

Artikel lain: 2 tahun bernikah, isteri Jay Iswazir akui telah bercerai -“Saya dah cukup bersabar”

Dalam pada itu, Azzahra juga telah menyerahkan semua bukti terhadap dakwaannya itu kepada pihak berkuasa pada 9 Disember lalu.

Cover report secara dasarnya adalah sama seperti aporan biasa namun di akhir laporan, pelapor akan menyatakan tujuan ia dibuat untuk rakaman sahaja dan tiada tindakan akan diambil terhadap pelaku.

Sebelum ini, Azzahra juga pernah memuat naik gambar kesan kecederaan yang pernah dia alami dipercayai akibat dikasari oleh bekas suaminya itu.

Sekadar info, Azzahra dan Jay telah mendirikan rumah tangga pada Mac 2022 namun pasangan itu bercerai pada 28 Oktober lalu.

Sumber: mStar

Scroll to Top