Penyanyi terkenal, Nora Ariffin dakwa digelar sundal oleh keluarga suami apabila tular tangkapan layar komen yang dibuat selebriti terbabit.
Dalam komen itu, Nora atau nama sebenarnya, Datuk Wan Norafizah Dato’ Haji Wan Ariffin mendakwa telah digelar dengan panggilan tidak baik oleh keluarga suami namun tetap bersyukur dan berterima kasih dengan apa yang terjadi
Dakwa digelar sundal, Nora & anak2 akur dan bersyukur
Ujarnya, dia dan anak-anak tetap bersyukur dan menerima dengan hati terbuka serta menganggap apa yang berlaku sebagai ujian buat dirinya.
Dia juga berharap agar Allah S.W.T dapat mengampuni dosa-dosanya dan berharap agar suaminya bersabar dengan ujian terebut.
Artikel lain: Nora Ariffin sahkan sudah rujuk semula dengan Dr Rushdi
Dakwa digelar sundal, anak tiri nafi tuduhan Nora
Namun begitu, anak kepada suaminya telah memuat naik tangkapan layar terbabit di platform X dengan menyelar tuduhan yang dibuat penyanyi berkenaan.
Difahamkan, anak tirinya mempersoalkan semula penyanyi lagu Samudera itu waktu bila mereka memanggilnya dengan gelaran tidak baik tersebut.
Ada banyak bukti rakaman apa yang dikatakan penyanyi itu kepada mereka
Dakwa Alia Rushdi lagi, penyanyi itu sudah banyak kali memcuba untuk memburukkan keluarganya walaupun mereka memilih berdiam diri sahaja.
Tambah wanita itu lagi, dia memberi amaran kepada Nora agar tidak membuatnya memulakan ‘perdebatan’ ini kerana dia mempunyai rakaman suara, tangkapan layar dan semua bukti di dalam telefonnya tentang apa yang dilakukan oleh Nora kepada mereka sebelum ini.
Rumah tangga Nora Ariffin dengan suaminya, Dr Rushdi Ramli kerap menjadi sorotan lebih-lebih lagi selepas tular video rakaman dia diceraikan menjadi perbualan di media sosial.
Walau bagaimanapun, penyanyi itu menyatakan yang mereka sudahpun kembali rujuk semula dan berharap agar rumah tangga yang dibina tidak lagi diganggu oleh mana-mana pihak.
Sumber: X missrushdi