Da’i Syed Menunggu ‘Job’ Berlakon, Hanya Terima Watak Islamik

Da’i Syed Menunggu ‘Job’ Berlakon, Hanya Terima Watak Islamik

Meskipun tiada tawaran berlakon susulan terpalit dengan kontroversi sebelum ini, pelakon dan pendakwah Da’i Syed berkata dia banyak meluangkan masa dengan isteri dan anaknya.

Memetik mStar Online, Syed berkata dia dapat melihat anaknya, Sharifah Fatma Nour Jamalullail yang kini memasuki enam bulan membesar di depan matanya.

BACA: Hana Ismail Doa Allah Angkat Musibah Sempena Hari Lahir Syed

“Masa itu adalah emas. Jadi saya banyak menghabiskan masa saya walaupun 1 saat, saya tengok anak besar depan mata. Alhamdulillah walaupun tiada tawaran itu dan ini, tetapi saya dapat tengok anak membesar. Daripada saya tinggalkan dia selama 16 hari dan sampai sekarang hampir enam bulan. Alhamdulillah,” katanya.

Sementara itu, Syed berkata dia tiada niat berehat dari lakonan sebaliknya terbuka jika mendapat tawaran namun memilih untuk membawakan watak Islamik.

“Sekarang ini memang tiada tawaran. Bukannya berehat, saya masih membuka tangan (untuk berlakon). Namun saya memilih tawaran iaitu watak ustaz ataupun pendakwah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Syed merupakan salah seorang pelakon dalam Filem Dajal: Satu Malam Di Pedajal yang di pawagam bermula Khamis (semalam).

SUMBER: mStar Online 


Scroll to Top