Sejak semalam, ramai yang mulai bertanyakan tentang kondisi kesihatan usahawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang disahkan positif Covid-19 stage 3.
Beliau juga sempat memohon maaf di media sosial kepada sesiapa sahaja kerana bimbang nyawanya tidak panjang berikutan mendapat jangkitan wabak tersebut seusai pulang dari Turki.
Keadaannya yang dilihat agak teruk dan tidak bermaya membuatkan ramai yang prihatin serta mendoakan agar usahawan tersebut segera sembuh.
Namun berbeza pula dengan perkongsian ibunya iaitu Rozita Ibrahim yang biasa di panggil Bonda Rozita. Dalam penulisan wanita itu di Instagram apabila ‘memarahi’ anaknya kerana mulai mencari publisiti dengan video yang agak menyedihkan.
Menurut Bonda Rozita, Aliff Syukri sudah hampir sembuh dan meminta usahawan itu tidak membuat drama seolah-olah sudah nazak dengan meminta maaf kepada netizen sedangkan tidak kepadanya.
Tindakan membuat orang lain risau akan kesihatannya benar-benar membuatkan Bonda Rozita naik angin kerana tidak dapat menghubungi anaknya dan terpaksa bertegas di media sosial agar tidak mendapat pelbagai kecaman dari netizen.
Susulan daripada itu, Aliff Syukri telah memuat naik perkongsian di media sosialnya lagi dengan menjelaskan yang beliau memang sakit dan terkena jangkitan Covid-19 stage 3 bukan gimik kerana sedang berada di hospital ketika ini.
Beliau sudah berada di hospital sejak empat ke lima hari yang lepas dan kini dalam proses penyembuhan. Salah faham berkenaan video juga telah dijelaskan setelah teruk dikecam ibunya sendiri di media sosial.
Sumber: Instagram Aliff Syukri, Bonda Rozita Ibrahim