“Saya bukan malaikat dan isteri saya bukan bidadari,” demikian respons pelakon, Beego terhadap pertanyaan media berhubung dakwaan berlakunya keganasan rumah tangga dalam perkahwinan bersama aktres, Linda Hashim.
Memetik laporan Harian Metro, Beego atau nama lengkapnya, Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, mengakui sudah memohon maaf kepada isterinya dan berkeras mahu mempertahankan rumah tangga.
“Saya sangat mencintainya dan mahu mempertahankan perkahwinan ini kerana anak-anak. Saya pun sudah meminta maaf kepadanya dan berusaha memujuk supaya membatalkan hasrat bercerai itu.
“Saya masih sayang dan usaha itu (mahu berbaik) juga dibuat kerana anak-anak kami yang masih kecil dan perlukan perhatian daripada kedua ibu bapa.
“Cuma, setiap pasangan pasti ada kesilapan masing-masing. Saya tidak mahu komen lanjut kerana saya pun ada silap sendiri. Saya bukan malaikat dan isteri saya bukan bidadari,” katanya.
@xtra_my Replying to @ridhwah Linda Hashim juga mengakui sudah tidak tinggal sebumbung dengan Beego hampir masuk 4bulan #fyp #xtra #lindahashim #beego #cerai #beritaditiktok #sembangentertaiment
Pada pagi Khamis, Linda hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi memfailkan perceraian kali ketiga terhadap Beego.
Namun begitu, Beego menerusi satu kenyataan di Instagram (IG) miliknya tidak menyangka tarikh sebutan pertama berlangsung pada hari ini kerana dia tidak mendapat sebarang notis.
Sumber: Harian Metro