Acara Anugerah Juara Lagu (AJL) sememangnya dinantikan ramai setiap tahun apatah lagi penonton mahu melihat lagu dan artis kegemaran mereka berentap merebut gelaran juara.
Setiap tahun, pasti ada saja kritikan mengenai acara itu termasuk pengacara yang mengendalikannya. Tahun ini, nampaknya gandingan Naz Rahman dan Sissy Iman ternyata pemilihan tepat.
BACA: Jadi Hos AJL39, Sissy Iman Anggap Rezeki
Perkongsian selebriti dan pengacara, Karl Shafek memuji pihak produksi kerana memilih Naz dan Sissy untuk acara berprestij itu.
Katanya lagi, sudah lama penonton disajikan degan pengacara yang suka membuat lawak bodoh serta ‘kenakan’ orang di atas pentas.
Karl berkata lagi, pengacara kali ini sangat menarik dari segi penyampaian serta turut memberikan informasi kepada penonton.
“Dah lama kita sumbat otak penonton dengan lawak bodoh nak kenakan orang itu dan orang ini dalam event grand begini. AJL39 kali ni paling best dari segi penyampaian dan informasi. Good job! Classy,” tulisnya.
Perkongsian Karl itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan pendapatnya itu serta menyifatkan gandingan Naz dan Sissy itu dilihat profesional dan tidak hambar.