Dah kahwin pun masih dihina? Fatin Afeefa luah rasa terkilan

Dah kahwin pun masih dihina? Fatin Afeefa luah rasa terkilan

Pelakon Fatin Afeefa seolah-olah terkilan apabila seorang individu ‘memetik’ nama akaun TikToknya pada ruangan komen sebuah posting video yang membicarakan soal ‘dua jenis perempuan di dalam dunia’.

Individu tersebut menyatakan bahawa dua perempuan itu yang pertama adalah jenis bermata duitan, manakala seorang lagi jenis setia bersama pasangan buat selama-lamanya.

“Dua jenis perempuan. Mata duitan dan yang setia hingga hujung nyawa. Opps @fatinafeefa8,” tulisnya baru-baru ini.

Tidak diketahui tujuan namanya ‘dipetik’, pelakon berusia 28 tahun itu menganggap ia adalah satu penghinaan apatah lagi pernah bergelar status ibu tunggal.

Fatin berkata, dia tidak mengacau mahupun mengenali individu berkenaan yang meninggalkan komen dipercayai sehingga mengguris hatinya.

“Saya tak kacau awak, kenal awak pun tidak. Awak hina saya macam ni. Cuma sebab status saya ibu tunggal. terima kasih,” kata Fatin.

Walau bagaimanapun, pelakon drama Cindai itu enggan memanjangkan isu tersebut meskipun segelintir warganet meminta dia untuk mengambil tindakan undang-undang.

Terdahulu, video terbabit dimuat naik oleh @malayrasputin yang dilihat seperti membandingkan ‘nilai kekayaan’ antara dirinya serta suami Fatin iaitu Aliff Awang.

@malayrasputin

Moral of the story : Ada 2 jenis perempuan je dlm dunia ni. Sila sambung….

♬ Sure Thing (sped up) – Miguel

“Ini Opai (nama panggilan Aliff), dia pakai sport car. Dapatlah merasa janda anak dua. Aku pakai kapcai je, bahagia je dengan awek-awek import,” tulis @malayrasputin dalam video berkenaan.

Sumber: TikTok @malayrasputin