Dah berusaha cari, remaja 14 tahun hilang selepas keluar ambil kain di luar rumah

Dah berusaha cari, remaja 14 tahun hilang selepas keluar ambil kain di luar rumah

Tular di media sosial memaparkan seorang remaja 14 tahun hilang selepas keluar ambil kain di luar kediamannya terletak di sebuah pangsapuri di Taman Puchong Perdana, di sini, semalam.

Berita mengenai kehilangan remaja perempuan berusia 14 tahun berbangsa India itu disebarkan oleh ahli keluarganya.

Menerusi hantaran tular, remaja bernama Yuvina Rathy a/p Amaradasa atau mesra disapa Nana dilaporkan hilang kira-kira jam 6 petang.

Difahamkan, abang kepada Nana melihat adiknya sedang ambil kain di luar sebelum hilang selepas beberapa minit.

“Kali terakhir abangnya nampak dia sedang ambil kain di luar. Selepas beberapa minit, abangnya pergi luar tengok, adiknya tiada di tempat itu,”maklum ahli keluarga.

Remaja 14 tahun hilang selepas keluar ambil kain

Difahamkan, pada hari kejadian, Yuvina Rathy dilihat memakai baju jersi berwarna putih dan seluar pendek hitam.

Ahli keluarga juga telah berusaha mencari dan sudah beberapa kali pergi ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan kehilangan remaja tersebut.

“Saya minta tolong sangat sangat, sesiapa yang nampak anak saya, tolong hubungi nombor di bawah,”maklumnya lagi.

Artikel lain: Dilaporkan hilang selepas keluar solat Maghrib, lelaki ditemui lemas di Sungai Pahang

Sumber: FB Ashwin Nesha