“Dah Berapa Kali Daddy Datang Tapi Tak Dapat Jumpa”

“Dah Berapa Kali Daddy Datang Tapi Tak Dapat Jumpa”

Pelakon Fattah Amin berkata sudah berapa kali dia datang tetapi tidak dapat bertemu dengan anaknya, Nur Fatima Aisya kerana tidak sihat.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Fattah meluahkan rasa risau kerana anaknya tidak sihat serta meminta orang ramai mendoakan buat anaknya itu.

BACA: Fattah Amin Terasa Tiada Isteri, Anak Ketika Berbuka

“Dah berapa kali Daddy datang tapi tak dapat jumpa Fatima, kesian Fatima tak sihat. Mohon doakan Fatima semua,” tulisnya.

Terdahulu, Fattah mengakui terasa apabila menyambut Ramadan sendirian tanpa isteri dan anak namun tetap bersyukur kerana masih ada anak dan keluarga di sisinya.

Fattah berkata dia sentiasa sibukkan diri dengan kerja agar tidak terlalu mengingati saat itu apatah lagi tahun ini sememangnya berbeza.

Sementara itu, Fattah berkata dia akan cuba mencari masa membawa Fatima berbuka puasa bersama keluarganya meskipun sibuk dengan kerja.


Scroll to Top