Baru-baru ni kami ada berkongsi gambar daripada Instagram Alif Muhaimin yang memaparkan dia menimang anak lelakinya, Muhammad Adryan.
Apa yang menjadi tumpuan ialah aksi Alif yang dilihat menimang anaknya terlalu tinggi dan menimbulkan kegusaran dalam kalangan netizen yang prihatin. Rata-rata meninggalkan komen nasihat yang mana perbuatan Alif boleh menimbulkan bahaya kepada anaknya dan tidak kurang juga ada yang mengecam.
Tidak mahu mengeruhkan keadaan, Alif tampil memberikan penjelasan….
“Sebenarnya Gambar Tu…..”
Menurut Alif, gambar yang dimuat naik ke akaun Instagramnya merupakan gambar yang telah disunting menggunakan Generative Edit daripada Samsung Galaxy S24 FE miliknya.
La… Terkena semua orang!
Gambar yang diambil pada asalnya memaparkan Alif menimang anaknya seperti biasa. Dia kemudian menyunting gambar berkenaan menggunakan Generative Edit dengan Photo Assist dengan mengubah kedudukan anaknya tanpa mengganggu latar belakang gambar.
Jadi apa yang dimuat naik hanyalah gambar yang telah disunting.
Samsung Galaxy S24 FE Berikan Hasil Gambar Seperti Suntingan Pro
Kalau korang selalu ‘failed’ setiap kali nak edit gambar menggunakan telefon pintar, kami suggest sangat korang guna Samsung Galaxy S24 FE.
Fungsi Generative Edit akan bantu korang menyunting gambar menggunakan Samsung Galaxy AI, ia bukan sekadar mengedit gambar, tetapi turut menjadikan hasil gamabr korang lebih menarik.
Tapi bukan itu je, ada banyak lagi fungsi penyuntingan pada Galaxy S24 FE ni tau. Salah satunya ialah Photo Assist – alat Galaxy AI yang boleh bantu korang ubah saiz, mengalihkan, atau membuang objek yang tak diingini daripada gambar.
Sama ada ada objek yang mengganggu di belakang, atau korang nak betulkan komposisi gambar, Photo Assist boleh membantu anda buat semua ini dengan mudah.
Tap..Tap.. Kemudian adjust sikit korang dah boleh laraskan elemen dalam gambar atau ubah saiz objek sambil kekalkan kualiti gambar.
Ciri-ciri menarik pada Samsung Galaxy S24 FE:
Paparan Dynamic AMOLED 2X 120Hz: Sama ada mengedit gambar atau layan video, paparan yang lancar dan terang ini buat semuanya nampak lebih jelas & HD
Kamera Utama 50MP dengan Super Steady Video: Tangkap gambar cantik dalam apa jua keadaan dengan sistem kamera Samsung yang mantap, termasuk sensor utama 50MP untuk gambar yang tajam dan video yang stabil.
5G Super Laju: Kongsi gambar dan video anda tanpa perlu tunggu lama. Kelajuan 5G memastikan semuanya pantas!
Bateri Tahan Lama: Dengan bateri 4700mAh, Galaxy S24 FE boleh tahan sepanjang hari – dari ambil gambar, edit, hingga berkongsi.
One UI 6.0: Antara muka yang mesra pengguna ini mudahkan anda akses semua ciri menarik, sambil kekalkan kerja anda tersusun.


Sama ada seorang pencipta kandungan atau hanya suka bereksperimen dengan gambar, Samsung Galaxy S24 FE sememangnya pilihan terbaik untuk korang untuk hasil gambar yang lebih memukau.
Samsung Galaxy S24 FE dijual pada harga RM3,299 (256GB) dan RM3,899 (512GB).
Untuk info lebih lanjut, layari laman web Samsung atau ikuti mereka di Facebook dan Instagram.