Dah ada geng! Ramai terhibur lihat konten Adira Suhaimi dengan madu tersayang

Dah ada geng! Ramai terhibur lihat konten Adira Suhaimi dengan madu tersayang

Keakraban penyanyi Adira Suhaimi atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi bersama madunya, Datin Red sentiasa menjadi inspirasi ramai terutamanya dalam golongan wanita.

Mana tidaknya, mereka telah menjadi contoh bahawa hidup bermadu tidak menjadi asbab putusnya sesebuah silaturahim demi menjadi kebahagiaan rumah tangga meskipun berkongsi kasih sayang.

Bagaimanapun, baru-baru ini, enerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh Adira di laman TikToknya, dia telah membuat konten bersama madunya telah mengejutkan ramai.

@adira.suhaimi

#fyp

♬ original sound – adira.suhaimi – adira.suhaimi

Mana tidaknya, pada kebiasaan selebriti yang berusia 32 tahun itu sering membuat konten bersama anak-anaknya namun, pada kali ini agak berbeza berbanding dengan sebelum ini.

Dalam video berdurasi pendek itu, Adira sedang berjalan-jalan bersama madunya dengan gelagat ‘masuk air’ sambil mengunyah gula-gula getah beserta kapsyen ‘maduku bukan madumu’ telah berjaya mencuit hati netizen.

Susulan itu, ramai yang mendoakan agar Adira dan madunya sentiasa bahagia selalu bersama keluarga serta mendapat perlindungan Allah selalu.

Sekadar info, Adira telah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Datuk Seri Adnan Abu di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Anggrek, 5, Asan, 4, dan Anggun, 3.

Sumber: TikTok @Adira Suhaimi

Scroll to Top