Dah 4 tahun sabar! Wanita bengang jiran parkir depan rumah, asap masakan niaga tak terurus

Dah 4 tahun sabar! Wanita bengang jiran parkir depan rumah, asap masakan niaga tak terurus

Seorang wanita bengang jiran parkir depan rumah setelah bertahun lamanya menahan rasa sabar dengan sikap yang dikatakan pentingkan diri sendiri.

Menerusi hantaran tular di Facebook, wanita dikenali Sulyeana Ana berkata, kebaikan dan kesabarannya selama ini dibalas dengan sikap tak endah.

Wanita bengang jiran parkir depan rumah

Sudah tak mampu tahan sabar, akhirnya wanita itu meletuskan kemarahan dan pertengkaran mulut terjadi antaranya dan jiran rumah berkenaan.

“Pengajaran untuk jiran dari neraka. Bertahun dah aku bersabar. Bukan setakat kereta suka susun parkir depan rumah, tanam pokok bunga pun depan rumah aku.
“Tong sampah depan rumah aku, blower tak pakai aluminium hadap masuk kat dapur dengan bilik aku.
“Mereka jual nasi lemak, sedia memasak,”katanya yang terpaksa menanggung asap makanan hasil niaga jirannya itu.

Apa yang membangkitkan kemarahannya lagi, pihak jiran berkenaan terus melemparkan panggilan kurang sopan termasuk menggelar dia ‘betina sundal.

Malah, mereka juga sempat mengugut untuk menyampaikan hal berkenaan kepada tuan rumah sebenar. Namun, Sulyeana Ana langsung tidak takut dan terus beradu mulut dengan keluarga itu seorang diri.

Artikel lain: lelaki mahu jual peti ais buruk usia 40 tahun dengan harga RM20,000

Tambahnya, dia sudah berbincang secara baik dengan jiran berkenaan namun masih tiada hasil positif.

Bahkan, sehingga kini masih belum terima permohonan maaf daripada pihak berkenaan berhubung isu berkenaan.

Apa pun, diharapkan isu berkenaan dapat diselesaikan secara baik, lebih-lebih lagi hidup berjiran.

Sumber: FB Sulyeana Yana

Scroll to Top