Cubaan bunuh suami isteri: Suspek didakwa pagi ini

Cubaan bunuh suami isteri: Suspek didakwa pagi ini

am@hmetro.com.my

Johor Bahru: Suspek kes cubaan bunuh dengan melepaskan tembakan di kawasan Machap, Simpang Renggam, Kluang, 10 Feb lalu akan dituduh di mahkamah, pagi ini.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, pihaknya menerima arahan untuk pertuduhan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan selepas kertas siasatan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya semalam.

“Pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Majistret Kluang pada jam 9 pagi esok (Jumaat),” katanya dalam kenyataan media, malam tadi.

Media sebelum ini melaporkan, polis menerima laporan cubaan bunuh pada 10 Feb selepas mangsa yang juga wanita berusia 36 tahun didatangi lelaki dipercayai warga tempatan yang bertanyakan pemilik rumah.

Dilaporkan, selepas pertanyaan itu, seorang suspek mengeluar senjata dipercayai pistol dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa.

Kumar dipetik berkata, polis berjaya menahan suspek berusia 32 tahun dalam tempoh kurang 24 jam, disusuli empat lagi suspek pada 12.30 tengah hari, 17 Februari lalu.

Katanya, mereka ditahan di kawasan Kampung Melayu Majidee di sini dan masih dalam tahanan reman.

Cubaan bunuh suami isteri: Man Tiger direman 7 hari

‘Dia tanya siapa pemilik rumah dan kereta, belum sempat saya menjawab, dia acu pistol dan lepaskan tembakan’

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top