Debaran menuju malam final semakin memuncak! Walaupun CSOIAM bertujuan mencungkil bakat dari pelbagai latar belakang, usia, dan generasi, elemen kejutan tetap menjadi tarikan utama. Khabarnya, malam kemuncak yang bakal berlangsung pada 9 Februari 2025 bukan sahaja menampilkan aksi terakhir daripada Jimi, Zazzleen, Kai Deva, serta Marygrace, tetapi juga akan diserikan dengan kejutan spektakular!
Seperti tradisi, produksi terus menampilkan barisan artis terkemuka ke pentas CSOIAM. Kali ini, nama-nama besar disebut-sebut bakal menyinari malam final bertemakan Malam Paling Fizz. Antara selebriti yang dikhabarkan akan membuat kemunculan ialah Biduanita Negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Ratu Rock Negara, Ella, penyanyi tersohor Faizal Tahir, serta pelakon terkenal Indonesia, Nicholas Saputra! Betul ke? Adakah keempat-empat bintang ini benar-benar akan memeriahkan pentas akhir nanti?
Persaingan semakin mendebarkan! Siapakah yang akan dinobatkan sebagai juara Calpis Soda One In A Million? Keputusan berada di tangan anda, dengan 40% bergantung kepada undian penonton, manakala 60% lagi diputuskan oleh juri profesional. Jangan lepaskan peluang menyaksikan persembahan luar biasa para finalis serta kejutan eksklusif yang akan menjadikan episod akhir ini lebih memukau, hanya di TV3.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan Calpis Soda One In A Million secara langsung di TV3 setiap Ahad, jam 9.00 malam, atau strim dalam HD di Tonton. Lebih istimewa, episod finale kali ini menawarkan peluang kepada 50 penonton bertuah untuk membawa pulang hadiah istimewa! Pastikan anda tidak terlepas menyaksikan malam kemuncak ini!