Coway perkenal dua suplemen makanan, tingkat kualiti hidup rakyat Malaysia

Coway perkenal dua suplemen makanan, tingkat kualiti hidup rakyat Malaysia

Coway perkenal dua suplemen makanan, Prostair dan Dalton-5 Collagen dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia sekali gus menyediakan persekitaran hidup yang sihat dan selesa.

Coway perkenal dua suplemen

Ketua Pegawai Eksekutif Coway Malaysia, Kyle Choi berkata, pelancaran kedua-dua suplemen itu mencerminkan dedikasi pihaknya dalam meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan para pelanggan.

Coway perkenal dua suplemen

“Kami bangga dapat menawarkan penyelesaian yang memberikan impak dan membantu meningkatkan kehidupan orang ramai.
“Kami juga berbesar hati untuk memperkenalkan produk yang bukan sahaja memenuhi standard yang tinggi malah turut menyumbang dengan ketara dalam peningkatan hidup pelanggan kami.
“Dengan terus memajukan tawaran kami dengan gabungan penyelidikan terkini, kami memastikan bahawa penyelesaian yang dibawakan akan menyokong secara efektif dan memperkayakan kehidupan rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Prostair diformulasikan secara khusus bagi melambatkan pembesaran prostat dan mencegah masalah kekurangan rambut bagi lelaki yang dirumus dengan formula eksklusif 5 dalam 1, menggabungkan Ekstrak Maca, Zink, Biotin, Lycopene dan Happy Angel® Ekstrak Stamen Bunga Pisang.

Coway perkenal dua suplemen

Bahan-bahan tersebut dipatenkan di Amerika Syarikat, Perancis, Jerman dan beberapa buah negara lain yang dihasilkan dengan Teknologi Double Nutri®.

Artikel lain: Faizal AF4 ‘update’ perkembangan, kini jual Coway – “Selagi rezeki halal”

Sementara itu, Dalton-5 Collagen pula bagi menangani penurunan semula jadi pembentukan kolagen yang disebabkan oleh usia dengan formula unik 5 dalam 1 yang mengandungi 15,000mg MAXICOLLAGEN™, Ekstrak Epal Mawar, Ekstrak Delima, Vitamin C dan Ekstrak Bunga Mawar.

Coway perkenal dua suplemen

Ekstrak Epal Mawar terkenal dengan kandungan asid klorogenik, anthocyanin dan asid galik yang tinggi dapat meningkatkan keanjalan kulit, menstabilkan dan melembabkan struktur kulit.

Coway perkenal dua suplemen disahkan halal oleh THIDA

Untuk makluman, Prostair dan Dalton-5 Collagen telah menerima sijil kelulusan daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) dan disahkan halal oleh Persatuan Pembangunan Integriti Halal Taiwan (THIDA).

Produk-produk itu juga disahkan bebas daripada mikrob berbahaya, logam berat, hormon sintetik, alergen ikan (untuk Dalton-5 Collagen) dan bahan pengawet.

Untuk maklumat lanjut mengenai suplemen makanan Coway, boleh layari laman web www.coway.com.my/products/wellness