Pempengaruh media sosial dikenali sebagai Muhammad Hassan tampil menegur content terbaru yang dikeluarkan oleh Ryan Bakery.
Dalam content tersebut, Ryan membawakan watak Aisyah, seorang pelajar sekolah menengah yang melalui pelbagai ragam dengan rakan-rakannya.
Ryan mengenakan rambut palsu dan berpakaian seperti wanita untuk menghidupkan lagi watak Aisyah yang dibawanya.
Haram menyerupai wanita walaupun untuk content
Namun, Muhammad Hassan menjelaskan perbuatan menyerupai wanita adalah haram dari segi syarak walau apa alasan sekali pun kecuali dalam keadaan darurat.
Permulaan ia akan lawak, seronok termasuklah saya sendiri yang tengok. Tapi saya rujuk hal ini kepada guru saya. Kata beliau. Akhirnya akan jadi satu perkara yang normal untuk kita berlakon lelaki jadi watak wanita dan berpakaian wanita.
Sebagai orang Islam, individu ini rasa terpanggil untuk memberi pesanan kepada Ryan Bakery dan rakan-rakannya yang lain.
Mohon maaf jika teguran mengguris hati peminat Ryan Bakery
Apa kata ibnu hajar dalam kitab Al libas dalam mensyarahkan hadith bukhori no 5885. Laknat dalam hadith itu termasuklah sengaja menggayakan pakaian wanita, lenggok bahasa wanita, suara wanita termasuk makeup wanita.
Jelas individu ini lagi, Ryan Bakery antara content creator yang menjadi kegemarannya di TikTok. Individu ini suka content yang dapat mengimbau kenangan kanak-kanak sebegitu.
Namun untuk beberapa content aisyah kali ini sangat-sangat saya tidak bersetuju. Menormalisasikan watak wanita sangat dilarang dalam Islam.
Muhammad Hassan berpendapat banyak lagi content bermanfaat yang boleh mengimbau kenangan lama-lama. Di akhir perkongsian, lelaki ini memohon maaf jika teguran umum ini mengguris hati peminat Ryan Bakery.
#OhmediaNasihat
Sebagai seorang muslim, tidak salah untuk saling menegur di antara satu sama lain. Teguran seperti ini boleh dijadikan iktibar untuk menghasilkan karya yang lebih bermanfaat dan positif.