Comesana cipta kejutan terbesar

Comesana cipta kejutan terbesar

RIO DE JANEIRO: Pemain Argentina, Francisco Comesana mencipta kejutan terbesar dalam kariernya selepas menyingkirkan finalis Terbuka Australia, Alexander Zverev dengan kemenangan 4-6, 6-3, 6-4 pada suku akhir Rio Open, awal pagi tadi.Pemain ranking ke-86 dunia itu sebelum ini mencuri tumpuan dalam penampilan sulungnya di Grand Slam tahun lalu apabila menyingkirkan pilihan keenam, Andrey Rublev pada pusingan pertama Wimbledon.Bagaimanapun, kemenangan di Rio de Janeiro kali ini menjadi kejayaan terbesar buat pemain berusia 24 tahun itu selepas menewaskan lawan dari kelompok lima terbaik dunia buat kali pertama.”Saya mengulang ayat ini sepanjang perlawanan: 'Betapa indahnya untuk terus hidup.' Jadi, saya menikmati setiap detik di gelanggang,” kata Comesana dalam temu bual selepas perlawanan.Zverev, pemain nombor dua dunia dari Jerman, bermula baik dengan tiga ace untuk memenangi set pertama, namun Comesana bangkit dengan dua break point bagi menguasai set kedua.Set penentuan menyaksikan Zverev bergelut dengan servisnya, melakukan tiga double fault yang membuka ruang buat Comesana menutup perlawanan dengan kemenangan sensasi.”Saya rasa semua ini hasil daripada kerja keras untuk sampai ke tahap ini. Saya sangat bersyukur dan menikmati detik ini,” tambah Comesana.Comesana akan berdepan pemain Perancis, Alexandre Muller dalam aksi separuh akhir, Sabtu ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top