Pemengaruh sensasi, Cik Epal umum habis idah dan menyatakan dirinya kini bukan lagi isteri kepada sesiapa selepas sah bercerai dengan usahawan, Jofliam.
Menerusi hantaran di Instagram, Cik Epal memaklumkan yang dirinya kini sudah kembali solo dan sempat berseloroh mengatakan pengumuman yang dibuat seperti pernah dinyatakan seseorang sebelum ini.
Cik Epal umum habis idah, yang single boleh merapat
Dalam pada itu, Cik Epal turut menitipkan pesanan kepada orang-orang kenamaan, duda ataupun lelaki yang masih bukang untuk mencuba nasib berkenalan dengannya memandangkan dia bukan isteri sesiapa lagi.
“Buat Dato’, Dato’ Sri, Tan Sri, duda hot, lelaki bujang, asalkan helok dan single, dah boleh masuk line. Hahahaha,” tulisnya.
Cik Epal umum habis idah, tak mahu suami orang lepas ni
Dia juga menyatakan dengan ringkas tidak menggemari suami orang selepas bercerai dengan Jofliam memandangkan punca perpisahan ada kaitan dengan orang ketiga.
Artikel lain: ‘Handbag’ RM12,000 dipakai tanpa izin, Cik Epal buat laporan polis terhadap Dewi
Terus mendonia Cik Epal!
Susulan dari perkongsian tersebut, ramai netizen di ruangan Instagramnya terhibur dengan kapsyen yang ditinggalkan Cik Epal.
Masing-masing memberikan kata-kata semangat kepada pempengaruh tersebut untuk memulakan kehidupan baru serta memberi saranan agar dia pergi menunaikan umrah ataupun ‘makan angin’ supaya dapat menenangkan diri.
Selamat menjalani kehidupan baru
Ramai yang doakan Cik Epal
Healing pergi jalan2 la
Sebelum ini, Cik Epal telah menyatakan yang dirinya sah bercerai talak satu dengan Jofliam selepas pelbagai kontroversi melibatkan mereka tular di media sosial.
Berita tentang keretakan rumah tangga mereka didedahkan sendiri oleh bekas suami di Instagram sehingga akhirnya nama seorang wanita dikenali sebagai Dewi turut terkait sama.
Kemuncaknya sudah tentu ketika beg tangan milik Cik Epal digunakan sesuka hati oleh Dewi dengan alasan telah diberikan oleh Jofliam sehingga pempengaruh tersebut membuat laporan polis.
Sumber: Instagram cikepal06