Cik Epal Serah Surat Komital, Jofliam Berisiko Beraya Di Penjara? | Oh! Media

Cik Epal Serah Surat Komital, Jofliam Berisiko Beraya Di Penjara? | Oh! Media

Kecoh di media sosial sebelum ini isu perebutan anak di antara pempengaruh Cik Epal dan bekas suaminya, Jofliam.

BACA: Cik Epal Dedah Terpaksa Gunakan Polis Untuk Ambil Anak Dari Jofliam

Cik Epal mendakwa dia dilarang bertemu dan mengambil anak daripada Jofliam walaupun sudah membawa peguam dan polis bersama.

Jofliam gaduh dengan peguam, minta surat komital

jofliam

Malah, bekas suaminya didakwa mencabar peguam untuk menyerahkan surat komital untuk tindakan lebih tegas.

Terbaru, Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud memaklumkan surat itu telah diserahkan kepada Jofliam semalam.

Selesai serah surat komital

cik epal

Menurut Cik Epal, dia sepatutnya mengambil anak pada 26 Disember 2024, namun bekas pasangannya enggan menyerahkan anak kepadanya.

Pada 30 Disember 2024, peguam Cik Epal dimaklumkan sudah siap draft komital namun diarahkan untuk menunggu perintah final dari mahkamah.

Selepas menerima perintah final mahkamah pada 20 Januari 2025, Cik Epal sekali lagi mencuba untuk mengambil anak namun tetap dihalang.

Jelasnya, pasukan peguam kemudian menfailkan komital pada 21 Januari 2025 dan perlu menunggu selama sebulan untuk tarikh pendengaran kes.

Pada 7 Mac 2025, draft komital akhirnya diluluskan dan surat rasmi diserahkan kepada Jofliam semalam.

Risiko denda atau penjara kerana hina mahkamah

jofliam

Memetik laporan Utusan Malaysia, prosiding komital adalah satu prosiding untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap seseorang yang dikatakan menghina mahkamah iaitu dengan melanggar perintah yang telah dikeluarkan.

Mana-mana individu yang didakwa menghina mahkamah berdepan risiko dipenjarakan atau denda.


Scroll to Top