Cik Epal reward diri, beli kereta mewah Mercedes Benz G-Class bernilai hampir RM2 juta!

Cik Epal reward diri, beli kereta mewah Mercedes Benz G-Class bernilai hampir RM2 juta!

Pempengaruh, Cik Epal meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan rezeki untuk membeli sebuah kereta mewah, Mercedes Benz G-Class yang dianggarkan bernilai RM1.79 juta.

Menerusi hantaran yang dimuat baik oleh Cik Epal atau nama sebenarnya Nor Munirah Mahmud, dia menyifatkan pembelian kenderaan itu sebagai satu ganjaran kepada diri sendiri atas usaha kerasnya selama ini.

Mercedes Benz G-Class

Instagram will load in the frontend.

Dalam perkongsian itu, dapat dilihat Cik Epal yang berpenampilan serba putih itu membeli kereta terse but dengan seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Irene Deanna.

“Alhamdulillah rezeki Allah nak bagi dapat beli kereta raya.
“Lebih baik lah beli kereta reward untuk diri sendiri daripada bagi kereta dekat orang tapi dikhianati dan tidak dihargai,” ujarnya.

Artikel lain: El Azman syukur capai ‘target’ jualan RM250 juta – “Tuduhan plagiat tak jejaskan kami”

Mercedes Benz G-Class

Mercedes Benz G-Class

Tahniah Cik Epal!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira atas kejayaan pempengaruh tersebut malah, ada yang menjadikan dia sebagai inspirasi dan motivasi untuk berjaya.

Semoga terus berjaya!

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar Cik Epal terus mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburi dan berharap segala urusannya sebagai ibu tunggal dipermudahkan.

Sumber: Instagram @Cik Epal

Scroll to Top