Bila pergaduhan rumah tangga diheret ke media sosial, yang jadi mangsa bukan sekadar diri sendiri, tapi juga keluarga dan anak-anak. Itu antara yang ditegaskan oleh pendakwah bebas, Da’i Wan, dalam teguran terbuka terhadap Cik Epal dan Jofliam.
Menerusi satu hantaran di platform X, Da’i Wan berharap kedua-dua pempengaruh itu dapat menghentikan pertelagahan terbuka di media sosial.
“Minta maaf Cik Epal dan Encik Jofliam…”- Da’i Wan.

Menurut Da’i Wan atau nama sebenarnya Wan Dazrin bin Wan Din, perkongsian berterusan antara Cik Epal dan Jofliam di media sosial bukan sahaja menimbulkan persepsi negatif, malah boleh membawa kepada fitnah.
Minta maaf Cik Epal dan Encik Jofliam. Saya rasa anda berdua dah boleh berhenti. Sudah-sudahlah. Tak habis-habis saling menyalahkan, saling bertegang urat dan sindir-menyindir.- Tulisnya.
Gelombang fitnah yang berantai-rantai…

Dalam teguran tersebut, Da’i Wan turut menekankan bahawa tindakan membawa isu peribadi ke umum boleh mencetuskan rantaian fitnah dan dosa yang semakin sukar dihentikan.
Apatah lagi, pergaduhan itu turut ditonton oleh ahli keluarga dan anak-anak mereka sendiri.
Cik Epal dakwa dicederakan, Dewi pula tampil dengan bukti…

Semalam, suasana menjadi lebih panas apabila Cik Epal memuat naik video sewaktu berada di rumah bekas suaminya, Jofliam, untuk mengambil barang peribadinya.
Dalam video tersebut, Cik Epal mendakwa dirinya telah dicederakan oleh isteri baru Jofliam, iaitu Dewi, sehingga mengalami luka di bahagian muka.
Bagaimanapun, Dewi kemudiannya tampil dengan salinan laporan polis dan menunjukkan kecederaan yang dialaminya dalam insiden yang sama.
Pssttt! Bila pergaduhan keluarga jadi tontonan umum, ia bukan lagi sekadar soal perasaan tapi soal maruah dan dosa yang berpanjangan. Ada perkara yang lebih baik diselesaikan secara tertutup, demi menjaga hati banyak pihak, terutama anak-anak yang tak berdosa. Semoga semua pihak dapat menenangkan keadaan dan mencari jalan damai.
Kredit: Aplikasi X
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.