Pempengaruh terkenal, Cik Epal membuat dakwaan baru melibatkan perniagaan pizza wagyu yang diusahakan bekas suaminya, Jofliam.
Menerusi hantaran di Instagram Story, Cik Epal mendakwa Jofliam hanya menerima pembayaran secara tunai (cash only).
Disebabkan itu, Cik Epal menggesa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat bekas suaminya itu yang didakwanya mungkin tidak membayar cukai pendapatan walaupun hasil perniagaannya dikatakan cukup lumayan.
Cik Epal dedah jualan pizza RM600,000 sebulan
Dalam pendedahan tersebut, Cik Epal mendakwa Jofliam membayar pekerja dengan kadar RM600 hingga RM1,500 sehari.
Menurut Cik Epal, dalam masa sehari, mereka mampu menjual hingga 500 keping pizza dengan jualan disasarkan mencecah RM75,000.
Gesa LHDN buat siasatan
Dalam hantaran tersebut, Cik Epal menyeru pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membuat siasatan kerana perniagaan didakwa 100% tunai sahaja.
Malah, pempengaruh berkenaan juga bersedia memberikan saksi iaitu pekerja pizza yang dibayar RM600 hingga RM1,500 sehari.
Difahamkan, pendedahan dibuat Cik Epal susulan Jofliam telah mengeluarkan kata-kata tidak baik buat ibu bapanya.
Jofliam menuduh ibu bapa mentuanya bersubahat melarikan dua anaknya iaitu Han dan Yuki.
#OhmediaNasihat
Menjaga keharmonian dalam keluarga, terutama selepas berlakunya perceraian, amat penting untuk kebaikan semua pihak.
Buktinya, semakin banyak perkara dilondehkan akibat rasa tidak puas hati di antara satu sama lain. Diharapkan pasangan ini dapat menemui jalan penyelesaian untuk menamatkan konflik di antara mereka.