China nafi dakwaan staf makmal Wuhan sakit akhir 2019

China nafi dakwaan staf makmal Wuhan sakit akhir 2019

BEIJING: China semalam menyangka dakwaan laporan tiga penyelidik di Wuhan dirawat di hospital tidak lama sebelum kemunculan COVID-19 di bandar itu dan seterusnya di seluruh dunia dengan menyifatkan laporan itu sama sekali tidak benar.

Sejak jangkitan mangsa pertama di pusat bandar itu pada akhir 2019, patogen itu menular hampir ke setiap negara di dunia, membunuh lebih 3.4 juta orang dan menjejaskan ekonomi dunia.

Sehingga kini Beijing secara konsisten menafikan virus itu datang daripada makmalnya.

Memetik laporan perisikan Amerika Syarikat (AS), Wall Street Journal semalam melaporkan bahawa tiga penyelidik dari Institut Virologi Wuhan jatuh sakit seawal seawal November 2019, mempunyai gejala yang dikaitkan dengan COVID-19 dan penyakit bermusim yang biasa.

China mendedahkan adanya kes pneumonia di Wuhan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 31 Disember 2019.

Ditanya mengenai laporan itu, jurucakap Kementerian Luar, Zhao Lijian menyifatkannya sebagai sama sekali tidak benar.

Beliau berkata menurut kenyataan institut itu, pihak mereka belum pernah terdedah dengan virus COVID-19 sebelum 30 Disember 2019 dengan rekod zero jangkitan dalam kalangan kakitangan dan graduan.

Bagaimanapun menurut pihak berkuasa China, coronavirus itu dibawa ke makmal untuk kajian. – AFP

Ā© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top