Chelsea nyalakan impian ke Liga Juara-Juara musim depan

Chelsea nyalakan impian ke Liga Juara-Juara musim depan
Chelsea nyalakan impian ke Liga Juara-Juara musim depan

Madueke antara penjaring gol Chelsea di Stadium Stamford Bridge.

CHELSEA menyalakan semula peluang ke saingan Liga Juara-Juara musim depan apabila menang 3-1 ke atas Wolverhampton Wanderers dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Stamford Bridge.

Jaringan pertahanan The Blues, Tosin Adarabioyo (m-24), Marc Cucurella (m-60) dan pemain sayap Noni Madueke (m-65) memadamkan penyamaan Matt Doherty pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Kemenangan pertama kali selepas enam perlawanan itu meletakkan Chelsea di kedudukan keempat liga manakala Wolves kekal di tempat ke-17 selepas masing-masing mengharungi 22 perlawanan liga.

Sementara itu, pengendali Chelsea, Enzo Maresca memuji reaksi pemain The Blues dalam perlawanan berkenaan selepas dua keputusan seri dalam dua perlawanan terakhir.

Biarpun begitu Maresca menyifatkan pemain tuan rumah bergelut lima minit terakhir walaupun persembahan 40 minit adalah sangat baik.

“Apabila mereka menjaringkan gol dan kami kehilangan sedikit keyakinan, kami perlu kendalikan situasi ini dengan lebih baik namun pada separuh masa kedua, berjaya raih menjaringkan gol.

“Selepas lima perlawanan tanpa kemenangan, ia bukan mudah untuk perlawanan ini. Jadi adalah penting untuk memenangi perlawanan itu,” katanya.

Scroll to Top