Che Ta sifatkan Ayu Raudhah & Zaquan bertuah -“4 orang anak syurga dah menanti..”

Che Ta sifatkan Ayu Raudhah & Zaquan bertuah -“4 orang anak syurga dah menanti..”

Pelakon yang juga kakak kepada aktres Ayu Raudhah iaitu Rozita Che Wan atau lebih dikenali Che Ta sifatkan adiknya seorang insan yang bertuah.

Rozita berkata, meskipun adiknya dan suami iaitu Zaquan Adha baru kehilangan anak bongsu pada usia 6 bulan, namun mereka sangat bertuah kerana sudah dikurniakan rezeki empat anak syurga menanti di sana.

Che Ta sifatkan Ayu Raudhah, Zaquan bertuah

Dalam pada itu, aktres berusia 51 tahun itu turut menyifatkan anak saudaranya, Muhammad Aisy Al Rees seorang bayi yang sangat baik dan luar biasa.

“Dalam galeri telefon mak ngah ni banyak sangat gambar baby Raees. Setiap hujung minggu, kalau Raees tak mai KD, mak ngah akan pi Seremban.
 “Baby yang sangat baik, terlalu baik, luar biasa. Mummy & Daddy (Ayu dan Zaquan) sangat beruntung dikurniakan anak syurga ini. Pinjaman yang penuh kenikmatan. #6bulan9hari.
“Beruntungnya Ayu dan Zaquan, empat orang anak syurga dah menanti di sana.“katanya di TikTok, hari ini.

Luah Rozita lagi, kehilangan si kecil itu membuatkan orang ramai sedih dan hiba di dunia, namun membawa khabar gembira di alam akhirat kelak.

“Semalam, dapat juga kami semua tidur dengan baby Raees untuk kali terakhir. Selamat jalan anak syurga. Damailah mu disana sayangku, Muhammad Aisy Al Raees bin Mohammad Zaquan Adha”katanya lagi.

Artikel lain: Ayu Raudhah reda pemergian anak bongsu – “Dia adalah pinjaman Allah..”

Terdahulu, walaupun perit menerima takdir yang ditetapkan, namun pelakon Ayu Raudhah reda pemergian anak bongsunya, Muhammad Aisy Al Rees yang meninggal dunia ketika tidur, semalam.

Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Che Wan @ Abu Bakar mengenangkan Muhammad Aisy Al Rees adalah seorang anak yang baik ketika hayatnya dan kenangan enam bulan sebelum ini adalah momen indah yang akan dikenang buat selama-lamanya.

Allahyarham Muhammad Aisy Al Raees, 6 bulan, selamat dikebumikan di Makam Tuan Haji Said, Sikamat, Negeri Sembilan pada jam 9.22 pagi tadi.

Sekadar info, Muhammad Aisy Al Rees selamat dilahirkan pada 2 Ogos tahun lalu jam 12.57 tengah hari.

Ayu dan Zaquan sememangnya terkenal sebagai pasangan memiliki zuriat ramai berbanding selebriti lain yang mana dikurniakan tujuh cahaya mata termasuk Muhammad Aisy Qaiser, 12, Muhammad Aisy Aryann,11, Laura Zuleykha, 8, Muhammad Aisy Khaliq, 6, Muhammad Aisy Al Jibreel, 3, dan anak keenam yang berusia setahun.

Scroll to Top